Van Dijk harap ‘magis’ Anfield benam United

Van Dijk harap ‘magis’ Anfield benam United

VIRGIL van Dijk yang meledak gol ketika menentang Wolverhampton menyeru penyokong Liverpool menghadirkan suasana ‘magis’ di Anfield untuk menewaskan Manchester United esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Virgil van Dijk menyeru penyokong Liverpool ‘bekerja ­lebih keras’ kerana mengharapkan sokongan padu mereka serta suasana luar biasa di Anfield untuk mengalahkan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) esok.

Liverpool yang kembali mendapat momentum selepas mencatat empat perlawanan tanpa kalah perlu menumpaskan ­United jika mahu menghambat kelompok empat terbaik.

Dalam aksi terakhir kelmarin, anak-anak buah Jurgen Klopp menumpaskan Wolverhampton 2-0 di Anfield, di mana Van Dijk meledak gol pertama Reds, diikuti ­Mohamed Salah.

Pertahanan Belanda itu mempamer aksi cemerlang selepas dikritik ekoran kekalahan 2-5 kepada Real pada saingan Liga Juara-Juara, bulan lalu.

“Saya rasa kami memerlukan suasana hebat penyokong dalam perlawanan Ahad ini. Kami agak gemuruh dan harap pada aksi itu nanti semua orang mampu memberi yang terbaik.

“Kami perlu bekerja keras untuk menentang United yang kini pada prestasi terbaik,” katanya.

Red Devils berada di kedudukan lebih baik daripada Reds, malah jentera serangan mereka yang diterajui Marcus Rashford cukup tajam.

Selepas 24 perlawanan, ­United menghuni tangga ketiga liga ­de­ngan 49 mata, manakala Liverpool di tempat keenam menerusi 39 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya