Tze Yong terpaksa disisihkan seketika

Tze Yong terpaksa disisihkan seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa menjalani proses pemulihan selama seminggu selepas mengalami kecederaan ketika Terbuka Switzerland kelmarin.

Tze Yong yang beraksi di peringkat suku akhir menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen terpaksa menarik diri di set kedua, yang menyaksikan lawan meneruskan kemaraan dengan keputusan 11-21, 0-2.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann menjelaskan, kecederaan dialami Tze Yong bukanlah serius, namun dia masih memerlukan rawatan rapi bagi mengelakkan kecederaan tersebut menjadi lebih parah.

Ini bermakna Tze Yong tidak akan bersaing di Kejohanan Masters Sepanyol pada 28 Mac hingga 4 April depan.

“Dia (Tze Yong) mengalami kecederaan di bahagian dalam peha, kemungkinan ototnya terlalu tegang.

“Dia mengalami sedikit bengkak dan keradangan di bahagian situ, jadi dia tidak dapat bergerak dengan baik dan menyambut pukulan lawan kerana keadaan amat menyakitkan untuk dirinya,” jelas Choong Hann.

Pemain berusia 22 tahun turut disenaraikan untuk menyertai Kejohanan Masters Orleans di Perancis pada 4 April depan, namun belum dipastikan sama ada Tze Yong masih akan beraksi di kejohanan itu atau sebaliknya.

Setakat ini Tze Yong menampilkan aksi cukup membanggakan dalam tiga siri Jelajah Eropah apabila konsisten mara ke suku akhir, termasuk menewaskan juara dunia, Viktor Axelsen di All England.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya