THT dambakan kejuaraan treble

THT dambakan kejuaraan treble

JURULATIH THT, Seo Jongho (kiri) dan ketua pasukan, Fitri Saari (dua, kiri) bergambar dengan Piala TNB bersama rakan sejawatan mereka dari TNB, Syed Syafiq Syed Cholan (dua, kanan) serta Nor Saiful Zaini (kanan) dalam sidang akhbar pra perlawanan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belum pernah memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim, Terengganu Hockey Team (THT) menjadikan misi memburu gelaran treble sebagai motivasi apabila menentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Di atas kertas, THT menjadi pilihan untuk bergelar juara selepas memenangi ­perebutan Piala Sumbangsih dan Piala Liga.

Kapten THT, Fitri Saari berkata, sejak ditubuhkan pada 2013, THT belum pernah merasai nikmat meraih gela­ran treble dan sempena memasuki ulang tahun ke-10, mereka mahukan trofi terakhir yang dipertandingkan musim ini.

“Saya rasa kita ada peluang besar untuk mencipta sejarah tahun ini kerana selama 10 tahun kami ditubuhkan, kami belum pernah menang gelaran treble.

“Ini peluang terbaik, tambahan pula lawan hilang dua tonggak kerana kecederaan, jadi ini akan jadi kelebihan buat kami di final,” katanya dalam sidang media praperlawanan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Di kem TNB, walaupun berdepan kekurangan pemain atas faktor kecergasan dan kecederaan, mereka tetap bersemangat untuk cuba mempertahankan Piala TNB.

TNB melakar keajaiban ketika separuh akhir kedua kelmarin apabila berjaya meledak tiga gol dalam tempoh tiga minit terakhir permainan untuk mengikat Maybank 5-5 bagi mengheret saingan ke penalti shoot out.

Perlawanan memihak kepada anak-anak buah Nor Saiful Zaini dengan kemena­ngan 3-0.

Kejayaan itu menjadi pemangkin buat TNB, ditambah kapten mereka, Syed Syafiq Syed Cholan juga kembali memperkuatkan pasukan selepas direhatkan kerana menghadapi kecederaan patah tangan kanan.

“Saya boleh katakan ini adalah sebab semangat pasukan saya, saya hanya sempat beraksi lima perlawanan sahaja sebelum ini, dan perlawanan keenam liga saya cedera, dan saya baru sahaja kembali beraksi di separuh akhir pertama tempohari.

“Saya sudah berasa sedikit selesa untuk menggalas semula tugas sebagai pelari pertama, sebaba kalau tidak posisi itu akan sentiasa bertukar-tukar, dan kebanyakan mereka mungkin tidak berpengalaman untuk menghalang pukulan sudut penalti lawan,” jelas Syed Syafiq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.