Stadium Bukit Jalil akan dilengkapi VAR 'sepenuhnya'

Stadium Bukit Jalil akan dilengkapi VAR ‘sepenuhnya’

PERANCANGAN perolehan pembelian VAR.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang melengkapkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi menjadikan gelanggang keramat Harimau Malaya itu berkelas dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd. Faidz Sanusi berkata, penggunaan VAR disifatkan sesuai dengan standard yang dimiliki Stadium Nasional Bukit Jalil selaku stadium utama di Malaysia dan sering menjadi pilihan Harimau Malaya.

“Kami ada perancangan untuk memasang VAR, sekiranya dilengkapi teknologi itu, ia sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya untuk kejohanan tempatan juga.

“Jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kita akan gunakan spesefikasi tinggi dan bertaraf dunia.

“Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Menurut Mohd. Faidz pihaknya juga bersedia mengadakan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah PSM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berhubung kos penggunaan VAR yang dikatakan menelan harga lebih setengah juta ringgit.

Sebelum ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan VAR akan mula diperkenalkan pada tahun ini di Liga Malaysia (Liga M), dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.

Penggunaan VAR merupakan antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam pertemuannya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda.

Pada pertemuan tersebut, Collina mencadangkan kepada Hamidin sama ada untuk menggunakan VAR Sepenuhnya (minimum lapan kamera) atau VAR Ringan (kurang daripada lapan kamera) dalam kancah bola sepak tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya