Selangor FC, Sri Pahang FC terikat 1-1

Selangor FC, Sri Pahang FC terikat 1-1

SELANGOR FC dan Sri Pahang FC terikat 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ di Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Sri Pahang FC 1-1 dalam perlawanan ketiga Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Gol penyamaan Selangor FC dihasilkan oleh kapten, Brendan Gan pada minit ke-88 selepas Sri Pahang FC berada dihadapan pada minit ke-74 menerusi gol jaringan Stefano Brundo.

Terdahulu, dalam aksi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dan selain turut memiliki peluang menjaringkan gol namun digagalkan oleh penyudah tumpul.

Perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang itu bagaimanapun bermula agak tegang selepas berlaku pergeseran antara Faisal Abdul Halim dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham pada minit ke-3.

Keadaan agak tegang selepas Mohd. Azrif dilihat mencekak leher Faisal Halim namun, keadaan berjaya dikawal oleh pengadil perlawanan tanpa sebarang layanan kad diberikan kepada kedua-dua pemain.

Pada penghujung babak pertama, hujan mula turun membasahi padang yang menyebabkan permainan sedikit berat namun, Sri Pahang FC nyaris berada dihadapan menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit ke-45.

Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dan bersambung babak kedua, skuad Red Giants mula menggandakan asakan dan hampir dihadapan menerusi Alexander Ameyaw namun, rembatannya berjaya ditepis penjaga gol Sri Pahang FC, Mohd Zarif Irfan.

Gol yang dicari-cari Sri Pahang FC akhirnya muncul pada minit ke-74 menerusi Brundo selepas Sharul Nazeem Zulpakar menjatuhkan Muhammad Baqiuddin Shamsudin di dalam kotak penalti.

Sekalipun Khairul Azhan menepis sepakan penalti Brundo namun, pemain itu pantas menyambar bola muntah untuk gol pembukaan sebelum jaringan lewat Brendan Gan pada minit ke-88 mengikat kedudukan 1-1.

Selangor berpeluang mendapat tiga mata namun, sepakan percuma Yohandry Orozco pada masa tambahan sekadar menggegar palang untuk kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat permainan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya