Ronaldo berang gagal jaring gol dalam perlawanan ketiga

Ronaldo berang gagal jaring gol dalam perlawanan ketiga

REAKSI Cristiano Ronaldo (tengah) ketika membantu Al-Nassr dalam perlawanan suku akhir Piala Raja menentang Abha di Stadium Mrsool Park, Riyadh semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas dinafikan peluang untuk menamatkan kemarau ja­ringan bersama Al-Nassr ketika menentang Abha pada suku akhir Piala Raja semalam.

Al-Nassr menang 3-1, namun Ronaldo, 38, gagal meledak gol dalam perlawanan ketiga berturut-turut, situasi yang membuatkannya tidak gembira sejurus tamat saingan.

Sami Al-Najei dan Abdullah Al-Khaibari meletakkan Al-Nassr mendahului 2-0, namun hasrat Ronaldo untuk menjaringkan gol tersekat selepas pengadil meniupkan wisel tamat babak pertama ketika dia sedang berlari melancarkan serangan balas.

Ini bukan kali pertama bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu naik angin di dalam padang.

Dia turut menunjukkan kelakuan sama ketika pasukannya tewas tipis 0-1 kepada seteru utama, Al-Ittihad dalam saingan Liga Pro Saudi, ming­gu lalu dengan mengoyakkan lilitan kapten di lengan selepas perlawanan tamat.

Tidak cukup dengan itu, dia turut pernah membaling botol ke tepi garisan padang sebelum menuju ke terowong bilik persalinan.

Ronaldo sebelum ini sudah meledak lapan gol dalam ­empat penampilan Liga Pro Saudi, termasuk menjaringkan empat gol ketika berdepan Al-Wehda pada 10 Februar.

Dia juga meledak hatrik berdepan Damac, 25 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya