PSG tidak lagi berminat kekalkan Lionel Messi

PSG tidak lagi berminat kekalkan Lionel Messi

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) tidak lagi berminat untuk cuba mengekalkan bintang penyerang Argentina, Lionel Messi.

Kontrak pemilik ­tujuh gelaran Ballon d’Or itu yang tiba di Paris dari Barcelona pada 2021 bakal tamat hujung musim ini.

Sebelum ini wujud rundingan antara kelab dan Messi mengenai tawaran kontrak baharu.

Bagaimanapun, PSG me­nukar fikiran dan tidak pasti sama ada masih berminat mengekalkan Messi di Paris.

Ia susulan terdapat beberapa pihak berkepentingan dalam kelab mahu angin perubahan dilakukan, dan mereka merasakan pemergian Messi akan dipersetujui sebahagian besar peminat.

Kelmarin, kapten Argentina itu diejek penyokong PSG selepas mereka diaibkan Rennes 0-2 dalam saingan Ligue 1 di laman sendiri.

Messi, 35, dilihat meninggalkan padang sejurus selepas tamat perlawanan dan tidak menyertai rakan-rakan sepasukannya yang lain yang memberi penghormatan kepada penonton di Parc des Princes.

Terdahulu, bapa yang juga wakil Messi, Jorge mengecam media kerana melaporkan pelbagai berita mengenai situasi kontrak anaknya di PSG.

Messi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Hilal, dan ditawarkan gaji yang sama dengan seterunya, Cristiano Ronaldo, 173 juta pound (RM949 juta) setahun bersama Al-Nassr.

Jorge juga menafikan dakwaan anaknya itu meninggalkan latihan lebih awal pada Jumaat selepas bertengkar de­ngan pe­ngurus PSG, Christophe Galtier biarpun terdapat laporan yang mengatakan tindakan kap­ten Argentina itu mendapat keizi­nan Galtier.

Jorge, 65, memberi respons lantang di media sosial.

“Sampai bila mereka ingin menipu? Di mana ujiannya? ini semua adalah tidak benar, okey!

“Bagi kebanyakan orang, apa lagi harus saya katakan, saya tidak tahu, tiada yang akan akan percaya, kami tidak akan berto­leransi lagi semata-mata untuk menambah peminat,” katanya.

Messi turut dikaitkan berpindah ke Inter Miami dan tidak kurang juga yang mengatakan dia akan kembali semula Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya