PSG mahu jumpa pemilik KDA FC

PSG mahu jumpa pemilik KDA FC

Mohd. Daud Bakar (dua, kiri) ketika mengadakan perjumpaan dengan bakal rakan kongsi Kedah Darul Aman FC iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi dan mempunyai hubungan dengan kelab Al-Nassr. – IHSAN/INSTAGRAM MOHD. DAUD BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar me­ngakui, beliau mula ‘panjang akal’ sebaik sahaja menerima panggilan daripada pemilik serta pengurusan gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) yang mahu mengadakan pertemuan.

Apa yang membuatkannya bertambah teruja, individu yang mengajaknya bertemu di Paris minggu depan juga adalah penaja utama kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr yang kini dianggotai pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo.

Kata Mohd. Daud, pihak pe­ngurusan kelab Perancis itu menghubungi­nya untuk bertemu pada 18 dan 19 Mac ini, selain mengajaknya menonton aksi Ligue 1 di antara PSG dan pasukan tangga kelima, Rennes di Parc des Princes, Ahad depan.

Katanya, jemputan itu diterima menerusi panggilan ­telefon ketika beliau tiba di Lapa­ngan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bagi menghadiri mesyuarat di ibu negara kelmarin.

“Semalam, saya ada lima mesyuarat dan acara selepas sampai di KL (Kuala Lumpur) dari Alor Setar.

“Perjumpaan keempat pada pukul 9 malam dengan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) ­sebuah syarikat baharu Sunk Value.

“Mereka minta saya menjadi pemilik bersama syarikat baharu ini di Malaysia. Saya tak ­terima dan tak tolak. Kena faham betul-betul dahulu.

“Ada lagi yang lebih mempersonakan. Saya tanya CEO (dalam bahasa Arab): “Siapa pemilik syarikat ini? Beliau adalah penaja utama Al-Nassr FC.

CRISTIANO Ronaldo ketika diperkenalkan sebagai pemain kelab Arab Saudi, Al Nassr. 

“Saya macam tak percaya. Kelab ini ada Ronaldo. Akai (akal) saya semakin panjang. Tak payah cerita kat sini. ­Alhamdulillah, satu peluang dan ruang yang baik kepada KDA FC.

“Saya dapat panggilan untuk terbang ke PSG, Paris pada 18 dan 19 Mac.

“Ada pertemuan dengan pemilik dan pengurusan. Saya belum membuat keputusan. Saya dan rakan-rakan yang sudah menghubungi PSG sejak beberapa bulan lepas masih menunggu jemputan resmi secara bersurat,” katanya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya