Perak FC masih kempunan raih kemenangan pertama

Perak FC masih kempunan kemenangan pertama

RISTIAN Obiozor (tengah) dikawal ketat oleh pemain Kelantan United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penyudah tumpul sekali lagi menghantui Perak FC apabila masih gagal mencari kemenangan pertama selepas mengharungi tiga perlawanan apabila seri 0-0 dengan Kelantan United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kalah 1-4 kepada Kedah Darul Aman dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan PDRM FC pada aksi kedua, hari ini anak-anak Datuk Lim Teong Kim buntu sekali lagi di Kota Bharu.

Seperti Perak FC, Kelantan United juga masih kempunan mencari kemenangan pertama selepas kalah 1-0 kepada Selangor FC dalam aksi pembukaan, diikuti kekalahan 3-1 di tangan Sabah FC, Rabu lalu.

Turun dengan misi memburu kemenangan, kedua-dua pasukan memperagakan aksi berintensiti tinggi sejak wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan.

Perak FC bagaimanapun, dilihat lebih garang mengasak kubu pasukan tuan rumah pada minit-minit awal sebelum perlawanan kembali seimbang memasuki minit ke-20 perlawanan.

Beberapa peluang yang diperoleh kedua-dua pasukan selepas itu gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan menyaksikan keputusan tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi dibabak kedua, Kelantan United dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dengan mengasak ke arah kubu pelawat.

Memasuki minit ke-78, Tomas Trucha membuat perubahan taktikal dengan memasukkan Ernist Batyrkanov menggantikan Jose Elmer Porteria untuk memperkuatkan jentera tengah pasukan.

Kemasukan Batyrkanov seperti memberi tenaga baharu bagi Kelantan United yang hampir memcah kebuntuab gol apabila hantaran pemain itu berjaya membuka peluang terbaik di depan gawang lawan.

Namun tandukan Devid De Santana Silva pada minit ke-83 berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gawang pelawat, Tian Kiat See.

Kelantan sekali lagi hampir memecah kebuntuan gol melalui gerakan menarik Royyizzat Daud namun rembantannya sedikit tersasar dan kedudukan kekal terikat 0-0 sehingga wisel penamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya