Mourinho tidak minat ‘sentuh’ peluang Chelse

Mourinho tidak minat ‘sentuh’ peluang Chelsea

UNDIAN suku akhir Liga Juara-Juara di Nyon, Switzerland kelmarin menemukan Chelsea dengan Real Madrid di suku akhir. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho meluahkan rasa cinta terhadap Real Madrid dengan mendoakan mereka merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini, namun langsung ‘tidak me­nyentuh’ mengenai satu lagi kelab yang pernah dibimbing, Chelsea.

Real yang menyingkirkan Liverpool secara agregat 6-2 pada pusingan 16 akhir diundi menentang Chelsea pada suku akhir 13 dan 19 April depan.

Mourinho, 60, pernah membimbing Real dari 2010 hingga 2013 dan dua kali melatih Chelsea (2004-2007, 2013-2015).

“Ada kelab yang dekat di hati saya dan ada pengurus yang merupakan kawan saya.

“Real Madrid hebat, Carlo Ancelotti (pengurus Real) juga hebat! Mudah-mudahan mereka akan meneruskan kehebatan dan memenangi perlawanan akhir,” kata jurulatih kelahiran Portugal itu.

JOSE MOURINHO

Komennya menarik perhatian Chelsea, yang pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris di bawah bimbingan Mourinho.

Blues kekal dalam Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Borussia Dortmund secara agregat 2-1 pada pusingan 16 akhir, namun Mourinho langsung tidak berminat untuk bercakap tentang peluang bekas pasukannya itu ketika memuji Real.

Mourinho meneruskan rekod baiknya di Eropah bersama Roma minggu ini apabila me­ngatasi Real Sociedad untuk melangkah ke suku akhir Liga Europa kelmarin.

Dia sebelum ini membawa kelab Itali itu menjulang trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh lebih 60 tahun de­ngan merangkul Liga Konferensi musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya