Memang puas ledak dua gol buat Harimau Malaya - Akhyar

Memang puas ledak dua gol buat Harimau Malaya – Akhyar

AKHYAR Rashid (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Malaysia menumpaskan Hong Kong malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Turun tanpa minit permainan mencukupi di peringkat kelab, Akhyar Rashid bagaimanapun menutup dua aksi persahabatan antarabangsa dengan kepuasan apabila meledak dua gol buat Harimau Malaya.

Selepas menjaringkan gol tunggal Malaysia ketika menumpaskan Turkmenistan 1-0, Khamis lalu, malam tadi pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menyumbangkan satu gol untuk membawa Harimau Malaya menewaskan Hong Kong 2-0.

“Disebabkan saya jarang dapat main (bersama kelab), saya puas hati sangat menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan (persahabatan antarabangsa).

“Bagi perlawanan berikutnya saya akan buat lebih baik, saya tak rasa bermain dengan sangat baik dalam dua perlawanan ini tetapi saya cuba buat apa yang terdaya.

“Saya terharu, terima kasih kepada keseluruhan pasukan kerana beri dorongan walaupun saya jarang dapat bermain, itu lah yang saya boleh buat, saya bagi 100 peratus dalam permainan,” katanya selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di sini malam tadi.

AKHYAR Rashid ketika menjaringkan gol kemenangan Malaysia menentang Turkmenistan, Khamis lalu. 

Mengulas mengenai tahap kecergasannya serta keupayaan mengekalkan rentak setiap kali dipanggil menyarung jersi negara di sebalik jarang beraksi,  Akhyar berkata antara rahsianya ialah menjaga makan dan minum, selain engakui minit permainan faktor dia tidak begitu cergas.

“Saya jaga makan dan minum, saya tidak cukup cergas disebabkan tidak cukup minit (permainan) tetapi saya cuba buat yang bagus dalam latihan,” katanya.

Akhyar belum berjaya menembusi kesebelasan utama JDT dalam lima perlawanan Liga Super 2023 setakat ini dengan hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua kemenangan Harimau Selatan masing-masing ke atas Negeri Sembilan dan Kelantan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya