Martinelli dari lelaki kurus kini bintang EPL

Martinelli dari lelaki kurus kini bintang EPL

MARTINELLI bersama tunangnya, Rachel Akemy.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GABRIEL MARTINELLI
Nama penuh : Gabriel Teodoro Martinelli Silva
Tarikh lahir : 18 Jun 2001
Tempat lahir : Guarulhos, Sao Paulo, Brazil
Tinggi : 1.78 meter
Negara/Kelab : Brazil/Arsenal
Sukan : Bola sepak
Posisi : Serangan/sayap
Pendapatan : AS$10 juta (RM44.76 juta)

 

MEMBESAR sebagai peminat Cristiano Ronaldo, Gabriel Martinelli tiba di London pada 2019 dalam keadaan fizikal agak lemah, kurus dan tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa Inggeris.

Begitupun dia bekerja keras dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kehadirannya di England kali ini tidak berakhir dengan kekecewaan.

Itu disebabkan, Martinelli pernah ditolak oleh beberapa gergasi bola sepak Eropah seperti Manchester United, Barcelona dan Real Madrid.

Malah, dia pernah menjalani sesi percubaan bersama bintang muda United dan England, Mason Greenwood, namun gagal memikat kelab tersebut.

Selepas kekecewaan itu, dia menyertai kelab Brazil, Ituano dan tanpa disangka, Martinelli telah memikat pencari bakat Arsenal pada usia 18 tahun.

Dia menunjukkan perubahan drastik sejak tiba di London tiga tahun lalu dengan mengupah jurulatih peribadi bagi memastikan dia memiliki fizikal mantap sebagai pemain bola sepak profesional.

MIKEL Arteta (kanan) memberi kepercayaan kepada Martinelli.

“Dia (Martinelli) berlatih dengan sangat gigih, sentiasa bersedia melakukan lebih daripada orang lain dan tidak takut mengambil risiko.

“Itulah yang saya suka tentangnya,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Bukan sahaja menjalani latihan keras di gimnasium, Martinelli turut mengamalkan diet ketat bagi membolehkan berat badannya naik tujuh kilogram dalam tempoh beberapa bulan sebelum melakukan transformasi untuk menjadi lebih sasa.

“Ia (bola sepak Inggeris) sangat berbeza dengan di Brazil, lebih fizikal dan pantas. Mereka bermain di sana, sini, jadi anda perlu berlari lebih banyak.

“Pada mulanya sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan semua ini tetapi tidak mengapa, sekarang saya sudah menjadi lebih baik,” cerita Martinelli yang kini bukan sahaja menjadi bintang Arsenal, malah skuad negaranya, Brazil.

GABRiEL Martinelli bersama keluarga.

Dilahirkan di kawasan kejiranan paling miskin di Guarulhos iaitu bandar kedua terpadat di Brazil, Martinelli yang mempelajari asas bola sepak menerusi futsal bukanlah lelaki yang suka berfoya-foya.

Biarpun wajahnya yang tampan dan populariti kian meningkat selepas membantu Arsenal menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkannya meraih cinta mana-mana wanita, namun Martinelli bukanlah lelaki seperti itu.

Dia amat mengagumi keperibadian rakan senegaranya, Philippe Coutinho yang pernah mencipta nama bersama Liverpool di England sebelum berhijrah ke Barcelona.

Coutinho berkahwin pada usia muda untuk memastikan dia tidak ‘hanyut’ dengan kemasyhuran.

Di belakang Martinelli, ada seorang gadis jelita bernama Rachel Akemy yang menjadi tunangannya sebaik sahaja dia menyertai Arsenal.

MARTINELLI dan Rachel Akemy.

Terdapat laporan mengatakan Martinelli sebenarnya sudah berkahwin dengan Akemy ketika menyertai Arsenal pada 2 Julai, 2019.

Begitupun, pasangan itu sebenarnya hanya akan berkahwin dalam masa terdekat dan Martinelli tidak kisah untuk mempunyai komitmen keluarga pada usia muda.

Malah pada usia 18 tahun, dia sudah pun bercakap soal cinta dan menyuarakan keinginan untuk mempunyai hubungan yang serius.

Martinelli bagaimanapun menangguhkan hasrat berkahwin lebih awal kerana mahu memberi kesenangan kepada keluarganya.

Kini, selepas menjadi pemain bola sepak yang berjaya dengan gaji 180,000 pound (RM965,000) seminggu, Martinelli bukan sahaja telah merubah hidup keluarganya, malah bersedia untuk memiliki keluarga kecil sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×