Manchester City matikan hajat Newcastle di Stadium Etihad

Manchester City matikan hajat Newcastle di Stadium Etihad

Pemain Manchester City, Phil Foden meraikan jaringan pertama pasukan ketika menentang Newcastle United di Stadium Etihad sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Skuad kendalian Pep Guardiola meneruskan tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal apabila berjaya menambah tiga mata ketika berdepan Newcastle United sebentar tadi.

Guardiola membuat enam perubahan untuk perlawanan kali ini apabila kembali mempertaruhkan Ederson di gawang, Kyle Walker, Ilkay Gundogan, Rodrigo, Jack Grealish, serta Erling Haaland sementara John Stones dan Aymeric Laporte pula diletakkan di bangku simpanan.

The Citizen tidak menunggu lama apabila garang mendahului seawal minit kelima belas apabila Phil Foden bijak untuk melepasi kawalan tiga pemain Newcastle sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Nick Pope.

City berpeluang menambah jaringan, bagaimanpun mesin gol utama mereka, Erling Haaland gagal untuk memanfaatkan hantaran silang Kevin de Bruyne pada minit ke 34.

Aksi di babak kedua terus rancak apabila tuan rumah meneruskan asakan ke kubu Magpies.

Anak buah Eddie Howe cuba untuk melancarkan serangan balas, dan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke 64 menerusi Joelinton namun penyudah gagal menewaskan Ederson.

Tiga minit kemudian, City akhirnya berjaya memperoleh jaringan kedua mereka apabila Bernando Silva apabila mendapat umpanan daripada Haaland.

Bagaimanapun perlawanan menjadi semakin tegang dengan kemuncaknya kepada insiden membabitkan terjahan Dan Burn ke atas Grealish sehingga beberapa pemain mula campur tangan.

Haaland yang turut terlibat dalam konfrontasi tersebut turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

Insiden tersebut tidak menjejaskan fokus pemain City untuk terus melancarkan serangan, namun Newcastle kekal bertahan sehingga wisel penamat untuk mengelakkan mereka terus dibolosi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN