Liga mantap skuad kebangsaan juga kuat – Pan Gon

Liga mantap skuad kebangsaan juga kuat – Pan Gon

AKHYAR Rashid (kanan) ketika meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Biarpun gembira dengan dua kemenangan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan, namun Kim Pan Gon mengakui, ada aspek yang masih mengecewakannya, termasuk kecergasan.

Kata pengendali dari Korea Selatan itu, masih ada ruang perlu diperbaiki untuk menghadapi Piala Asia di Qatar pada 12 Ja­nuari hingga 10 Februari.

“Kita kena perbaiki strategi dan taktikal, namun dari segi fizikal saya tidak boleh baiki kerana ia berkaitan standard liga. Kalau kita punya liga yang bagus dan kompetitif secara automatik kita boleh meningkatkan tahap permai­nan.

“Anda boleh lihat ada pemain tidak cukup cergas ke­rana kurang minit permainan. Jadi saya mahu galakkan mereka bermain secara kerap dan itu penting dalam membantu kita membuat persediaan rapi.

“Saya akan pergi lihat semua pemain dan setiap perlawanan kerana mahu melihat mereka beraksi, sekali gus mengenal pasti kekuatan mereka,” kata­nya selepas Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 kelmarin.

Begitupun, Pan Gon berkata, ada peningkatan ditunjukkan anak-anak buahnya dalam dua aksi persahabatan, bermula dengan mengalahkan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong.

“Menentang Turkmenistan, kita sudah pamer peningkatan dan malam ini (kelmarin) setelah kita di kedudukan selesa, saya beri peluang kepada semua pemain mendapat minit permainan dan buktikan kemampuan mereka.

“Kita masih dalam proses mencapai objektif sebenar ­pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya