Keluarga Messi diugut samseng, 14 tembakan dilepaskan

Keluarga Messi diugut samseng, 14 tembakan dilepaskan

LIONEL Messi bersama keluarganya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSARIO, Argentina: Dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan awal pagi semalam di sebuah pasaraya milik keluarga isteri Lionel Messi, Antonela Roccuzzo sebelum meninggalkan nota ancaman di lantai yang menyasarkan pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu.

“Messi, kami tunggu anda. (Pablo) Javkin (Datuk Bandar) juga penjenayah, dia tidak akan menjaga anda,” kata mesej tulisan tangan ditinggalkan lelaki terbabit yang melepaskan 14 tembakan.

Javkin menyalahkan pihak keselamatan yang didakwa gagal membanteras jenayah terancang yang semakin berleluasa di bandar itu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya bercakap dengan (Roccuzzos) dan mereka berasa bimbang,” kata Javkin kepada wartawan di luar pasaraya terbabit.

Imej televisyen menunjukkan kelongsong peluru di kawasan pejalan kaki di hadapan premis kepunyaan keluarga Roccuzzo.

Bahagian hadapan pasaraya terkena 14 butir peluru dan premis ditutup hari ini untuk siasatan lanjut.

Menteri Keselamatan Santa Fe, Claudio Brilloni pula berkata pihak berkuasa belum dapat mengenal pasti motif serangan.

Messi dijangka pulang ke Argentina bulan ini untuk menyertai skuad kebangsaan yang akan beraksi dua perlawanan persahabatan menentang Panama di Buenos Aires pada 23 Mac dan menentang Curacao lima hari kemudian di Santiago del Estero. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya