Kejayaan berganda Safawi di Liga Thailand

Kejayaan berganda Safawi di Liga Thailand

Penyerang Ratchaburi, Safawi Rasid-(FOTO: IHSAN Ratchaburi FC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHONBURI: Penyerang negara, Safawi Rasid terus mengukuhkan reputasinya antara penyerang yang digeruni di rantau ini apabila tersenarai sebagai pemain terbaik mingguan Liga Thai 1.

Safawi, 26 tahun yang beraksi untuk pasukan Ratchaburi FC menjadi satu-satunya pemain dari kelab itu yang berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan terbaik minggu untuk minggu ke 24 Liga Thai.

Safawi menyertai beberapa pemain lain seperti Lonsana Doumbouya (Buriram), Tyronne del Pino (Nakhon Ratchasima), Jorge Fellipe (Lampang FC) dan Airton Tirrabasi (Port FC).

Kejayaan ini turut didorong dengan kecemerlangan anak jati Terengganu ini meledak gol kemenangan pasukannya ketika menewaskan Chonburi 2-1, semalam.

Ini juga merupakan gol sulung Safawi selepas beraksi selama 11 perlawanan untuk Ratchaburi termasuk dua perlawanan Piala Liga Thai.

Terdahulu, Ratchaburi mendahului pada minit 32 hasil jaringan penyerang Brazil, Derley menerusi sepakan penalti.

Chonburi berjaya memperoleh jaringan tunggal pada minit ke 56 hasil sentuhan Danilo Alves.

Bagaimanapun Safawi tidak berada dalam senarai 27 pelatih skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada Khamis ini dan Selasa depan memandangkan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon berhasrat untuk menguji muka baharu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya