KBS bantu 'siar' empat perlawanan Liga Super

KBS bantu ‘siar’ empat perlawanan Liga Super

HANNAH Yeoh (tengah) pada majlis pelancaran Kerjasama KBS dan MFL untuk tayangan perlawanan Liga Super di Menara KBS, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melihat sambutan menggalakkan ketika Piala AFF 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023, Januari lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bekerjasama de­ngan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyiarkan empat aksi Liga Super bermula bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada peminat bola sepak tempatan yang tidak dapat hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan secara langsung.

Program Skrin Besar akan mengambil tempat di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu (Kedah Darul Aman lawan Terengganu) pada 1 Mac, diikuti tayangan di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang (Kelantan lawan P. Pinang) pada 5 Mac.

Seterusnya, tayangan akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, (Kuala Lumpur City FC lawan Negeri Sembilan) pada 11 Mac dan dua hari kemudian di Dataran Starwalk, Alor Setar (Kelantan United lawan Kedah Darul Aman).

“Tayangan ini diadakan bagi memupuk semangat ke­sukanan dan perpaduan antara penduduk setempat, terutama yang tinggal jauh dari stadium untuk turut menyaksikan perlawanan bersama komuniti setempat.

“Pada masa sama, taya­ngan ini juga dapat membantu mempromosikan bola sepak di peringkat akar umbi dan minat anak muda selain menjadi medium untuk mereka menyokong kelab-kelab Liga M,” katanya dalam majlis pelancaran ­program itu di Menara KBS, Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya