Kashiwa Reysol mahu dapatkan khidmat Arif Aiman?

Kashiwa Reysol mahu dapatkan khidmat Arif Aiman?

PENYERANG JDT, Arif Aiman berjaya mengawal bola daripada dirampas pemain pertahanan Kelantan FC, Muhammad Yusri Yuhasmadi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelincahan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi kini menjadi perhatian Kelab Liga 1 Jepun (Liga J), Kashiwa Reysol

Perkhabaran itu disahkan menerusi laporan portal bola sepak Jepun, Football Tribe yang melihat kejayaan JDT melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (ACL) musim lalu menyebabkan Arif Aiman menjadi tumpuan.

Portal terbabit menyifatkan pemain berumur 20 tahun itu sebagai pemain sayap kanan yang memiliki kepantasan dan menjadi Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk dua musim berturut-turut.

Arif Aiman turut meledak tiga gol dan mencatat 13 bantuan gol dalam 21 daripada 22 aksi liga musim lalu dan pernah berentap bersama dua lagi wakil Liga J, Kawasaki Frontale dan Urawa Red Diamonds.

Bagaimanapun, sehingga mini masih tiada pengumuman rasmi daripada Kashiwa Reysol mahupun JDT serta Arif Aiman sendiri berhubung perpindahan pemain sayap Harimau Selatan itu.

Namun, keghairahan media di negara itu mengaitkan nama Arif Aiman seolah-olah memberi bayangan perpindahan mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Jika menjadi kenyataan, Arif Aiman bakal menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di saingan utama Liga J selepas Hadi Fayyadh Abdul Razak membuat kemunculan di saingan divisyen dua negara itu bersama Fagiano Okayama sejak 2019 hingga tahun lalu.

Begitupun, di sebalik minat ditunjukkan Kashiwa Reysol, impian pasukan itu tampak sukar memandangkan Arif Aiman ketika ini mahu meletakkan sepenuh fokus kepada skuad Harimau Selatan.

“Saya fokus untuk bersama JDT dan saya mahu melakukan yang terbaik supaya pasukan dapat meraih keputusan yang baik dalam ACL pada musim ini,” kata Arif Aiman.

Untuk rekod, ketika ini terdapat tiga pemain dari rantau ASEAN yang berkelana ke Liga 1 Jepun musim ini iaitu dua pemain Thailand dan seorang penyerang Vietnam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya