JDT akan tubuhkan pasukan wanita?

JDT akan tubuhkan pasukan wanita?

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti selepas pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi gambaran tentang tujuan itu.

Tunku Ismail secara terbuka bertanyakan mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT di media sosialnya sebagai reaksi kepada pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengharapkan kelab itu menubuhkan pasukan wanita.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” kata Tunku Ismail.

Sebelum ini, media melaporkan harapan Steffi yang mahu melihat Tunku Ismail menubuhkan skuad wanita Harimau Selatan dan dia yakin kehadiran pemilik JDT itu dapat membantu meningkatkan tahap bola sepak wanita di negara ini.

“Kita tahu JDT adalah satu pasukan yang sangat profesional dan luar biasa. Mungkin TMJ boleh menubuhkan pasukan bola sepak wanita pula dan kita akan berpeluang untuk meningkat selangkah demi selangkah,” kata Steffi.

Mengikut rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya