Jazeman uji jentera Aston Martin pada Sepang 12 Jam

Jazeman uji jentera Aston Martin pada Sepang 12 Jam

JAZEMAN JAAFAR diberi peluang menguji jentera Aston Martin Vantage GT3 pada Sepang 12 Jam yang kembali dianjurkan selepas 12 tahun di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba empat roda negara, Jazeman Jaafar bakal melakukan penampilan sulung bersama jentera Aston Martin dalam Kejuaraan Sepang 12 Jam yang berlangsung, hujung minggu ini.

Jazeman yang mewakili pasukan Viper Niza Racing akan berganding bahu dengan dua lagi pelumba Malaysia, Douglas Khoo dan Dominic Ang.

Pemandu berusia 31 tahun itu yang beraksi dalam Cabaran Asia GT Dunia bersama Triple 8 Johor Motorsports Racing Team pada tahun lalu berkata, dia berasa teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pasukan yang sangat dihormati dan memacu jentera Aston Martin buat kali pertama.

“Saya berasa bangga dapat beraksi dalam kejuaraan berprestij bersama pasukan ini.

“Ia satu penghormatan apabila saya diberi peluang beraksi bersama sebuah pasukan berpengalaman seperti Viper Niza Racing yang sebelum ini pernah bertanding dalam pelbagai kategori dan kejohanan seperti Siri Le Mans Asia, TCR, Siri 24 Jam dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Menurut Jazeman, dia akan memandu jentera Aston Martin Vantage GT3 untuk Sepang 12 Jam.

Jelasnya, dia tidak sabar untuk menguji jentera dan berkongsi maklum balas dengan pasukan mengenai pelarasan kereta serta strategi perlumbaan nanti.

“Saya menjangkakan perlumbaan itu akan menjadi sangat mencabar, tetapi saya telah bersedia untuk memberikan yang terbaik dan membuat Malaysia berbangga dengan kami,” kata pelumba yang turut beraksi dalam Siri Le Mans Eropah bersama pasukan Virage, musim lalu.

Sementara itu, Prinsipal Viper Niza Team dan juga pemandu, Douglas memberitahu, pasukannya tidak sabar untuk kembali berlumba dalam Kejuaraan Sepang 12 Jam.

“Peluang keemasan ini kami tidak boleh lepaskan. Bagi pihak pasukan, saya mengucapkan tahniah kepada Litar Antarabangsa Sepang berjaya membawa kembali perlumbaan berprestij ini selepas 12 tahun,” ujarnya.

Mengulas tentang jentera Aston Martin Vantage GT3, Douglas berkata, jentera itu masih baharu dalam perlumbaan tersebut dan pihaknya memerlukan bantuan pemandu berpengalaman untuk melaraskan kereta agar laju dan kompetitif di grid.

Justeru, tambahnya, pengalaman luas Jazeman amat diperlukan bagi mendapatkan keputusan perlumbaan yang bagus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya