Jangan ulangi kesilapan Loh Kean Yew

Jangan ulangi kesilapan Loh Kean Yew

LOH KEAN YEW (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas perseorangan lelaki negara, Ong Ewe Hock menggesa agar pencarian bakat muda diperluaskan ke seluruh negara, dan tidak terhad kepada kategori umur yang ­spesifik.

Malaysia sebenarnya kaya dengan bakat-bakat baharu dalam badminton, namun program pencarian yang dijalankan selama ini belum di tahap optimum dan berkemungkinan proses tersebut terlepas pandang menilai beberapa pemain yang berpotensi.

Bagi Ewe Hock, program pembangunan akar umbi tidak harus tertumpu kepada pemain terbaik sahaja tetapi penekanan juga harus diberikan menyeluruh kerana ada sesetengah pemain muda lambat menyinar.

Skuad badminton pernah kerugian apabila perseorangan lelaki No.8 dunia, Loh Kean Yew merupakan anak jati Pulau Pinang sebelum dia ditawarkan biasiswa oleh Sekolah Sukan Singapura ketika baru berusia 13 tahun.

Kean Yew kemudian memilih untuk menukar kewarganegaraannya menjadi rakyat ­Singapura sebelum melakar sejarah menjadi juara dunia pada 2021.

“Anda lihat isu di Pulau Pinang, kita ada banyak pemain yang berbakat dilahirkan dari negeri tersebut. Ada pemain lambat menunjukkan potensi sebenar, dan mereka tidak ­dipilih, contohnya Loh Kean Yew.

“Dia pemain yang lambat menyinar tetapi kini dia antara yang terbaik di dunia.

“Kita sering mengutamakan pemain yang terbaik ataupun kedua terbaik ketika sesi pemilihan, manakala pemain lain dibiarkan,” kata Ewe Hock yang ditemui pemberita ketika Majlis Pelancaran Piala Ong Ewe Hock 2023 di Kuala Lumpur semalam.

Justeru Ewe Hock yang turut bertindak sebagai salah seorang panel penasihat teknikal di Akademi Badminton Malaysia (ABM) akan cuba memastikan negara ini mempunyai kumpulan bakat baru yang lebih besar, bertujuan menjadi penyambung kepada skuad kebangsaan sedia ada.

“Kita mempunyai pemain negeri, skuad remaja dan kebangsaan, tetapi apa yang saya lihat tidak ada kesinambungan dari skuad remaja yang beralih ke pasukan senior.

“Kita perlukan lebih banyak pemain, kita perlu memberikan tumpuan kepada prestasi mereka,” tambah Ewe Hock.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya