Hanya Perak, Kedah sahut tawaran tukar rumput Zeon Zoysia

Hanya Perak, Kedah sahut tawaran tukar rumput Zeon Zoysia

HANNAH Yeoh (tengah) menyaksikan Persatuan Kriket Malaysia menandatangani ikrar ke arah mempertingkatkan kesaksamaan gender dalam sukan kriket seterusnya berbuka puasa di Kompleks Sukan Bayu Emas, Klang semalam. - IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir sebulan selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan peruntukan penukaran rumput stadium negeri, namun hanya dua negeri sahaja menunjukkan minat dengan tawaran tersebut.

Menterinya, Hannah Yeoh yang ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Persatuan Kriket Malaysia (MCA) di Bayuemas Oval, Klang kelmarin mendedahkan pihaknya telah pun menerima surat rasmi daripada Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Kedah berhubung penukaran rumput padang di Stadium Perak, Ipoh dan Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pada 7 Mac lalu, KBS menawarkan dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang stadium bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia yang turut digunakan di Stadium Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Kita telah terima dua surat iaitu satu dari Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan soal pertukaran rumput dan saya akan panggil mesyuarat kedua untuk melakukan perjumpaan bersama barisan exco untuk berbincang isu ini.

“Saya juga nak dapatkan ketetapan dari negeri lain sekiranya mereka menolak tawaran yang kita berikan ini. Saya akan minitkan perkara tersebut dalam mesyuarat dan kita akan lakukan perbincangan seterusnya,” katanya.

Dalam masa yang sama, KBS juga meminta sekiranya ada negeri yang berminat dengan tawaran itu, kerajaan negari perlu membaik pulih sistem saliran sebelum kerja-kerja penggantian rumput dilakukan.

“Jika ada negeri berminat, mereka perlu pastikan bahawa sebelum penggantian rumput dilakukan, infrastruktur saliran dan semua sistem itu dalam keadaan baik.

“Jika infrastruktur itu tidak baik, mereka perlu baik pulih dulu sebelum kita bagi dana untuk penanaman rumput baharu. Perlu diingatkan, selepas kita bagi dana, penyelenggaraan stadium itu adalah dibawah pemilik tanah,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya