Hamilton kekal pemandu F1 terkaya

Hamilton kekal pemandu F1 terkaya

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAKHIR, Bahrain: Sebagai sukan paling mahal di dunia, maka tidak hairanlah pemandu Formula Satu (F1) mempunyai sejumlah wang yang menarik dalam akaun bank mereka.

Pelumba seperti Lewis Ha­milton, Lance Stroll dan Sergio Perez menikmati kehidupan mewah menerusi laluan segera apatah lagi dengan memiliki koleksi kereta, rumah besar dan percutian mewah.

Menjelang perlumbaan F1 pertama 2023 di Grand Prix ­Bahrain hari ini, berikut dipaparkan senarai tiga pemandu paling kaya.

LEWIS HAMILTON
270.9 juta pound (RM1.4 bilion)

Mungkin tidak mengejutkan, Lewis Hamilton muncul pemandu F1 terkaya kerana kontraknya bersama Mercedes sahaja menghasilkan 41.6 juta pound (RM224 juta) setahun.

Juara dunia tujuh kali itu juga menikmati 6.6 juta pound (RM89 juta) daripada jenama terkenal seperti Puma, Sony, Police dan Tommy Hilfiger.

Menurut Planet F1, pemandu Britain tersebut memiliki koleksi kereta mewah bernilai 13 juta pound (RM70 juta) seperti Pagani Zonda, Mercedes-AMG Project One dan Ferrari.

Dia turut memiliki penthouse bernilai 49.1 juta pound (RM264 juta) di New York dan rumah enam bilik tidur di London bernilai 19.1 juta pound (RM103 juta).

FERNANDO ALONSO
216 juta pound (RM1.16 bilion)

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso, 41, menandatangani perjanjian baharu dengan Aston Martin bernilai 17.8 juta pound (RM95.8 juta) tahun ini.
Dia juga meraih banyak penajaan, memiliki jenama pakaian, Kimoa dan melabur dalam syarikat gergasi.
Alonso memiliki lebih 300 kereta yang dipamerkan di Kompleks Sukan Fernando Alonso di Sepanyol.

MAX VERSTAPPEN 
75 juta pound (RM404 juta)

Juara bertahan, Max Verstappen yang bersaing dalam F1 sejak 2015 telah menandatangai kontrak lima tahun bersama Red Bull tahun lalu bernilai 41.6 juta pound (RM224 juta).

Memandangkan dia baru berusia 25 tahun, kekayaan Max dianggarkan bernilai 75 juta pound (RM404 juta).
Dia juga telah membeli jet peribadi daripada Sir Richard Branson bernilai 11 juta pound (RM59 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya