Hakim tempah petak kelapan, Danial di kedudukan ke-11

Hakim tempah petak kelapan, Danial di kedudukan ke-11

AKIM DANISH (No. 13) berjaya menempatkan dirinya di petak kelapan pada kelayakan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, semalam. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menempah petak kelapan menjelang perlumbaan pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup pada Grand Prix Motosikal Portugal di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, awal pagi esok (waktu Malaysia).

Dalam aksi kelayakan semalam, remaja berusia 15 tahun itu mencatat masa sepusingan 1 minit 51.209 saat (s) untuk memastikan dirinya berada dalam kelompok 10 terbaik pada perlumbaan pembukaan musim itu.

Hakim Danish yang melakukan penampilan sulung dalam kejuaraan tersebut berkata, untuk sesi latihan bebas (FP) pertama semuanya berjalan lancar apabila dia berjaya meraih kedudukan keempat dengan hanya menggunakan tayar terpakai.

“Saya berasa selesa dengan jentera saya dan telah mendapatkan keserasian.

“Sesi kelayakan pula saya berjaya mendapat tempat kelapan dan saya sangat gembira dengan keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan ZK Racing di sini, semalam.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu, dia sebenarnya hampir mendapat tempat dalam kelompok tiga terbaik, tetapi, malangnya bendera kuning dikibarkan ketika itu dan kedudukannya diturunkan apabila pusingan yang dilakukan dibatalkan.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia yang turut beraksi pada kejuaraan sama, Danial Syahmi Ahmad Shahril menempah petak ke-11 setelah mencatat masa sepusingan 1:51.522s.

“Sesi FP1 dan FP2 semuanya berjalan dengan lancar, syukur Alhamdulillah. Pada sesi FP1 saya mencari rentak, namun, mempunyai masalah dengan brek hadapan, saya beberapa kali hampir terlanggar pelumba lain.

“Untuk sesi yang kedua, pasukan telah menukar brek baharu dan saya sedikit demi sedikit mendapat rentak.

“Pada ujian kelayakan saya dapat menghabiskan pusingan di posisi ke 11 dan akan bermula di petak ke-11, esok,” ujarnya.

Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras mengungguli sesi kelayakan apabila mencatat masa terpantas 1:50.606s, manakala, tempat kedua serta ketiga menjadi milik Ruche Moodley dari Afrika Selatan (1:50.865s) dan pelumba Ireland, Casey Ogorman (1:51.013s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya