Firmino sah akan tinggalkan Liverpool

Firmino sah akan tinggalkan Liverpool

ROBERTO FIRMINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ejen Roberto Firmino mengesahkan bintang Brazil itu akan meninggalkan Liverpool sebaik sahaja musim ini berakhir apabila kontraknya tamat.

Firmino dianggap legenda sepanjang lapan tahun di Anfield, dan antara tonggak yang membantu mengembalikan Reds kembali ke puncak dengan merangkul enam trofi utama.

Begitupun, penyerang berusia 32 tahun itu menyedari dan menerima hakikat dia tidak lagi menjadi pilihan utama untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp.

Situasi itu mendorongnya mencari ‘pengembaraan’ baharu bersama keluarganya, dengan prospek untuk kembali ke Jerman atau negara asalnya, Brazil pada musim panas.

Bercakap kepada saluran berita Arab, ejen Firmino, Roger Wittman mengesahkan pemain itu memutuskan untuk berpindah apabila kontraknya tamat.

BERAKHIR sudah zaman kegemilangan trio Roberto Firmino (kiri), Mohamed Salah (tengah) dan Sadio Mane.

“Firmino akan meninggalkan Liverpool pada musim panas, saya boleh mengesahkannya. Cara yang bagus untuk pergi selepas lapan tahun yang luar biasa!” kata Wittman.

Secara peribadi, Liverpool menerima pemain itu akan berpindah, dan Klopp telah diberi jaminan peribadi daripada Firmino bahawa dia akan terus memberi segala-galanya kepada pasukan, walaupun terdapat rundingan kontrak dengan kelab luar negara.

Pemain antarabangsa Brazil itu masih belum menerima tawaran untuk musim depan tetapi akan meneruskan perbincangan melalui ejennya, dengan keputusan mengenai destinasi seterusnya dibuat dalam beberapa minggu akan datang.

Di sebalik legasi hebat Firmino di Merseyside, legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya, perpisahan adalah yang terbaik untuk kelab dan pemain itu.

“Jika laporan mengenai Firmino pergi pada penghujung musim adalah benar, saya fikir ia adalah yang terbaik untuk semua pihak.

“Dia seorang Liverpool yang hebat dan akan diingati kerana menjadi sebahagian tiga penyerang terbaik pernah kami lihat (bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane),” tulis Carragher di Twitter.

Kehadiran Darwin Nunez dari Benfica pada musim panas lalu dan Cody Gakpo pada Januari telah membataskan peluang Firmino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN