Falcao mampu lonjakkan Liga Malaysia

Falcao mampu lonjakkan Liga Malaysia

Radamel Falcao masih nama besar di Eropah pada usia 37 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Populariti Liga Malaysia (Liga M) tiba-tiba me­lonjak apabila bintang terkemuka Colombia, Radamel Falcao dikaitkan de­ngan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Meskipun belum ada ke­nyataan rasmi daripada pe­nyerang berusia 37 tahun itu atau JDT, namun Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan me­ngakui, kehadiran Falcao pasti akan menjadi tumpuan seperti yang berlaku di Liga Arab.

Kata Ghani, berbekalkan pe­ngalaman beraksi dengan Manchester United dan Chelsea, kehadiran Falcao mampu menjadikan liga bola sepak tempatan akan ­lebih meriah.

“Dengan kehadiran dia, Liga M berpotensi besar menjadi liga yang paling dikenali di ASEAN, kerana dia sendiri pun bekas pemain kelab gergasi Eropah, jadi dia bukan biasa-biasa.

CRISTIANO Ronaldo diraikan ketika tiba di Arab Saudi.

“Kalau nak kata Liga M lebih baik daripada liga negara ASEAN yang lain, itu mungkin susah kita duga. Kita belum tahu lagi tetapi kehadiran Falcao sudah tentu beri nilai tambah kepada liga tempatan, ramai orang akan mula berminat dengan kita.

“Seperti yang berlaku di Arab Saudi, bila Al-Nassr mengambil (Cristiano) Ronaldo, saya rasa Liga M pun akan menjadi tumpuan peminat bola sepak luar negara, dengan adanya Falcao.

“Bagi saya, tidak mustahil juga kita berpotensi menjadi lubuk untuk pemain luar mencari peluang beraksi,” katanya.

Bagaimanapun, Ghani menegaskan sungguhpun pe­nyertaannya ke JDT benar-benar terjadi, perkara itu hanya dapat diputuskan Jun nanti kerana pendaftaran pemain fasa pertama telah pun ditutup.

“Kita perlu tunggu pendaftaran kedua, Jun tapi hanya kelab saja boleh beri kenyataan, sebab mereka pun masih dalam pro­ses perbincangan kan.

“Begitupun kemungkinan itu nampaknya ada, kita tunggu kenyataan kelab,” katanya.
Kelmarin, media Sepanyol, Marca melaporkan Falcao hampir menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut.

Falcao yang beraksi de­ngan Rayo Vallecano sejak 2021 masih mempunyai kontrak sehingga Jun dengan kelab Sepa­nyol itu dan dia dilaporkan bersedia menerima cabaran baharu.

“JDT yang dimiliki Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu,” lapor Marca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya