Basikal guna ‘senjata buatan Malaysia’ di Olimpik Paris

Basikal guna ‘senjata buatan Malaysia’ di Olimpik Paris

AZIZULHASNI Awang akan menggalas tugas memburu pingat emas pada Sukan Asia di China, September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad berbasikal trek negara bersama penyelidik dari Institut Sukan Negara (ISN) akan berlepas ke United Kingdom bulan ini bagi memulakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Ketua Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Basikal, Mohd. Izham Mohamad berkata, meskipun Malaysia sudah lewat 20 tahun ke belakang dalam kajian basikal trek, kemampuan ISN menghasilkan produk tempatan masih ­relevan.

Buktinya, Datuk Azizulhasni Awang berjaya menaiki podium dengan meraih pingat perak keirin di temasya Tokyo 2020 menggunakan basikal buatan Malaysia.

Ketika itu Azizulhasni menggunakan WX-R Vorteq yang dibangunkan menerusi projek R&D bernilai RM13 juta.

Selain Azizulhasni, basikal itu turut digunakan Shah Firdaus Sahrom di Tokyo. Mereka dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang.

AZIZULHASNI bersama basikal WX-R Vorteq yang membantunya meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Kalau ikutkan negara-negara Eropah sudah mulakan R&D basikal trek sejak 2004, malah semasa Olimpik 2012 di London, apabila Great Britain berlumba dengan basikal sendiri, kita cuba jadikan itu sebagai inspirasi.

“Sebelum ini kita gunakan basikal dari negara lain, jenama lain. Kita cuma ubah apa yang patut.

“Pada Olimpik 2016 di Rio, semasa Azizulhasni menang gangsa, pada waktu itu kita ­berazam buat R&D supaya dapat emas di Tokyo.

“Idea ini mula dilaksanakan pada 2018, pada tahun sama Program Podium dilancarkan.

“Memang kita mula lambat, tetapi kita percaya kepakaran ISN dan orang tempatan, kita mampu bangunkan basikal trek terbaik negara.

“R&D menunjukkan sukan ini bergantung kepada teknologi. Persembahan pelumba dipengaruhi rintangan angin, aerodinamik… semua itu akan beri kesan untuk menang.

“Perbezaan 0.01 saat pun sangat membantu, jadi kita kena bangunkan kepakaran tempatan supaya tidak bergantung kepada kajian di luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley memberitahu Utusan Malaysia, beliau berharap ­proses R&D akan dapat dilaksanakan segera pada Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya