Banyak negeri tolak guna Zeon Zoysia?

Banyak negeri tolak guna Zeon Zoysia?

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos penyelenggaraan yang mahal mencecah sekitar RM240,000 menyebabkan beberapa kerajaan negeri tidak mampu menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia di stadium masing-masing.

Perkara itu dikongsikan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh yang sudah mengarahkan kementeriannya mencari dan menyediakan opsyen jenis rumput yang lain bagi ditawarkan kepada setiap kerajaan negeri.

Menurut Hannah, baru-baru ini beliau ada mengadakan lawatan ke Sabah dan pihak pengurusan stadium memaklumkan bahawa mereka lebih selesa menggunakan rumput sedia ada jenis Cow Grass yang lebih murah.

“Selepas mesyuarat baru-baru ini, saya ada ke Sabah, Exco kerajaan negeri Sabah ada beritahu kepada saya bahawa penyelenggaraan rumput jenis Zeon Zoysia mahal.

“Mereka juga ada tunjuk rumput jenis Cow Grass yang digunakan di Stadium Likas yang mana mereka lebih suka kerana kos penyelenggaran lebih murah.

“Itu sebab saya minta Ketua Setiausaha dan pihak kementerian untuk sediakan beberapa pilihan rumput lain yang mempunyai standard antarabangsa supaya kita tahu perbezaan harga,” katanya.

STADIUM Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri satu-satunya stadium di negara ini yang menggunakan rumput Zeon Zoysia.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Hannah menawarkan kepada semua kerajaan negeri untuk menampung kos penukaran rumput daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.

Dan sehingga kini, pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap negeri untuk menerima tawaran itu, di mana ia akan dapat membantu meningkatkan kualiti padang sekaligus mutu permainan setiap pasukan turut meningkat.

Bagaimanapun, beberapa kerajaan negeri belum bersedia untuk menukar rumput stadium masing-masing ekoran kos penyelenggaraan yang tinggi.

Dalam pada itu, Hannah berkata, geran penukaran rumput itu akan disediakan selepas mendapat maklum balas setiap negeri.

“Dana belum ada lagi. Sebab itu kita perlu tunggu mesyuarat kedua dahulu supaya kita dapat maklum balas mereka mahu atau tidak. Jika mereka mahu, baru kita akan cari dana,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya