Atlet perlu ada sikap ‘laparkan’ emas Olimpik

Atlet perlu ada sikap ‘laparkan’ emas Olimpik

LEE Chong Wei (kanan) menggesa atlet-atlet bertanding di Sukan Olimpik Paris memberi aksi terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Lee Chong Wei sedia kembali bersama kontinjen Malaysia ke pentas Olimpik namun, kali ini dengan memainkan peranan di sebalik tabir bagi menjayakan misi membutirkan emas pertama Malaysia di temasya berprestij itu.

Chong Wei yang meraih pingat perak dalam tiga penampilan di Sukan Olimpik menegaskan dia dengan rela hati menyertai pembentukan pasukan projek ‘Road to Gold’ dengan objektif membantu persediaan atlet elit dengan keperluan yang lengkap.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan pembentukan projek ‘Road to Gold’ meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan serta program bina diri.

“Apa kita mahu adalah untuk membantu atlet ini terus bersemangat dan untuk memburu emas pertama Malaysia. Itulah yang saya nak buat kerana untuk raih emas di Olimpik bukan cita-cita saya saja malah harapan seluruh rakyat Malaysia.

“Jika ingin dibandingkan saya sebelum sejak mula-mula melangkah ke pentas Olimpik ada beberapa yang kita boleh tambah. Jadi, dengan adanya saya di sini dengan pengalaman saya empat kali di Olimpik, saya mahu membantu atlet mendapat segala keperluan yang mereka mahukan.

“Tetapi kehadiran saya bukan tertumpu kepada sukan badminton sahaja tetapi sukan-sukan lain juga. Saya harap dengan ada projek seperti ini dapat membantu kontinjen Malaysia meraih emas pada temasya empat tahun sekali tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penubuhan Jawatankuasa “Road to Gold’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menurut Chong Wei, beliau bersama ahli jawatankuasa lain dalam projek berkenaan hanya mampu memberikan bimbingan dan nasihat sahaja dan apa yang penting, atlet itu sendiri yang perlu berusaha dan ada keinginan atau ‘laparkan’ emas di pentas Olimpik.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai perjalanan Lee Zii Jia ke Olimpik, Chong Wei menegaskan terdapat perbincangan KBS berhubung prestasi tidak menentu ditampilkan jaguh perseorangan lelaki No.1 negara itu musim ini.

“Memang terdapat perbincangan untuk membantu Zii Jia dan bahagian saya kita akan bantu dia terutama dalam sukan badminton tetapi mengenai masalah luar gelanggang kita tak boleh tolong. Masalah lain-lain, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri akan berjumpa dengannya selepas All England nanti.

“Saya juga ada dengar mengenai perbincangan untuk membawa masuk semula Zii Jia ke BAM tetapi saya tidak tahu selanjutnya. Tetapi peranan saya dalam Road to Gold ini adalah ingin membantu semua atlet yang dahagakan emas di Olimpik,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.