Arteta kecewa Arsenal diikat Sporting

Arteta kecewa Arsenal diikat Sporting

HANTARAN Granit Xhaka terkena pemain Sporting untuk memberi gol penyamaan buat Arsenal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Mikel Arteta kecewa dengan prestasi Arsenal ketika diikat 2-2 oleh Sporting Lisbon dalam perlawanan pertama, pusingan 16 akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Gunners memulakan permainan dengan langkah kanan apabila mendahului 1-0 menerusi William Saliba yang menanduk sepakan sudut Fabio Vieira pada minit ke-22.

Bagaimanapun, tuan rumah tidak mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan selepas Goncalo Inacio menanduk bola pada minit ke-34.

Hanya 10 minit selepas babak kedua bersambung, Paulinho meletakkan Sporting mendahului selepas rehat.

Begitupun Arsenal bernasib baik apabila hantaran yang cuba dilakukan Granit Xhaka terkena pemain lawan, Hidemasa Morita dan menerjah masuk ke gawang Sporting untuk kedudukan 2-2.

Keputusan seri meletakkan Arsenal yang hanya tewas dua kali di tempat sendiri musim ini berada pada kedudukan baik menjelang perlawanan kedua di Emirates, Jumaat depan.

Begitupun Arteta percaya, pasukannya boleh mempamer aksi lebih baik di Portugal hari ini.

“Kami melepaskan terlalu banyak gol mudah dan tidak bertahan dengan cukup baik. Kami juga harus lebih bagus apabila melancarkan serangan.

“Apabila anda dibolosi dua gol mudah seperti yang kami lakukan di tempat lawan, amat sukar untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN