LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal hampir lagi menerima kekalahan mengejutkan di laman sendiri apabila diikat seri oleh pelawat, Bournemouth dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.
Anak buah Mikel Arteta dikejutkan seawal 11 saat permainan berlangsung apabila Phillip Biling kemas menyumbat gol untuk meletakkan pelawat di hadapan.
Ia memberikan tekanan buat Arsenal yang terus melancarkan serangan demi serangan ke kubu Bournemouth dan kedudukan itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Arsenal kembali menyusun strategi mereka di babak kedua, namun tatkala mereka rancak menyerang, The Gunners dikejutkan pula dengan gol kedua Bournemouth apabila Marcos Senesi yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru untuk memberikan kelebihan selesa buat pelawat.
Barisan jentera serangan Arsenal tidak mengalah, dan usaha mereka untuk merapatkan jurang berhasil apabila pemain tengah, Thomas Partey berjaya meledak gol pertama tuan rumah pada minit ke 62.
Gol tersebut terus menaikkan semangat pemain Arsenal, dan mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi rembatan Ben White, setelah teknologi garisan gol mengesahkan jaringan dilakukan pemain pertahanan itu biarpun penjaga gol Bournemouth, Neto berjaya menepis bola keluar dari garisan gol.
Biarpun masa kian suntuk buat Arsenal, pemain tengah, Nelson menggamatkan penonton di Stadium Emirates apabila rembatan kencangnya dari kawasan luar penalti berjaya menerjah jaring, sekaligus memberikan kemenangan dramatik tuan rumah untuk terus menerajui takhta liga,