All England beri pengajaran berguna – Tze Yong

All England beri pengajaran berguna – Tze Yong

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun harapan untuk melihat Ng Tze Yong mara lebih jauh dalam kejohanan All England tidak kesampaian, namun prestasi perseorangan badminton negara itu di Birmingham wajar mendapat pujian.

Tze Yong, 22, akur dengan kehebatan pemain China, Li Shi Feng setelah tewas di suku akhir 11-21, 11-21 semalam.

Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut dialami pemain muda negara itu di tangan pemain China tersebut sejak mula bertemu pada 2017.

Begitupun, pemain kelahiran Johor ini menampilkan aksi terpuji apabila berjaya menewaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada pusi­ngan pertama, lawan yang kerap menjadi igauan ngeri buat Jaguh Asia, Lee Zii Jia dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Kemuncak prestasi Tze Yong di All England 2023 pastinya melakar kejutan ke atas pe­nyandang juara yang mempunyai reputasi unggul, Viktor Axel­sen di pusingan kedua.

“Saya rasa saya terlampau ghairah dari mula permainan sebab sudah melakukan persediaan rapi sebelum aksi ini, malah semua bermula baik di kedua-dua set. Namun pada penghujung aksi saya sedikit tertekan dan tewas.

“Banyak perkara yang saya belajar dalam kejohanan ini, jadi saya harap pengalaman itu dapat digunakan bagi kejohanan yang akan datang,” kata Tze Yong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.