SEREMBAN: Aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan FC menentang Kuala Lumpur City FC yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini ditunda akibat cuaca tidak mengizinkan.
Perlawanan sempat berlangsung selama 27 minit sebelum pengadil perlawanan malam ini, Muhammad Usaid Jamal menghentikan perlawanan selepas hujan lebat dan keadaan padang yang tidak memuaskan ekoran ditakungi air.
Penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League dalam kenyataan di media sosial malam ini memaklumkan, tarikh baharu perlawanan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Selepas mengharungi tiga perlawanan, kedua-dua pasukan memperoleh dua mata selepas mencatat dua keputusan seri.