Yakeb jamin RM5 juta sampai sasaran

Yakeb jamin RM5 juta sampai sasaran

Noorul Ariffin Abdul Majeed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warga sukan negara boleh mengukir senyuman apabila menerima RM399 juta dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh ­Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan kepimpinan kerajaan terdahulu ketika pembentangan bajet Oktober lalu iaitu RM332 juta.

Paling lega dengan pengumuman itu pastinya Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) yang ­diberi dana RM5 juta untuk terus membantu 2,975 orang ahlinya yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan yang berada dalam kesusahan.

Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed memberi jaminan, dana yang diberikan akan disalurkan kepada bekas atlet yang benar-benar memerlukan.

“Ini kali pertama nama Yakeb disebut dalam Dewan Rakyat dan menjadi salah satu agenda pembentangan bajet kerana ­biasanya kami terpaksa memohon sendiri kepada Kementerian Kewangan, jadi saya amat terharu dengan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“RM5 juta jumlah yang besar diberikan kepada kami, jadi sudah menjadi tanggungjawab pihak kami menapis permohonan yang hadir bagi mengelak berlaku sebarang ketirisan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

“Sejak empat tahun lalu, Yakeb telah menubuhkan unit risikan dan melakukan pemantauan.

“Kami turun sendiri ke rumah pemohon melihat kea­daan mereka, di samping mendapatkan surat-surat berkaitan daripada pihak hospital untuk pengesahan penyakit atau rawatan yang mereka perlukan, jadi kami tidak hanya bergantung kepada cakap-cakap orang sekeliling semata-mata,” kata Noorul kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Noorul ­turut memuji inisiatif kerajaan memberi potongan cukai buat mana-mana majikan yang menggaji bekas atlet negara dalam organisasi mereka.

“Seperti kita tahu, kebanyakan bekas atlet mempunyai ketahanan diri dan disiplin yang tinggi, biarpun kebanyakan mereka sudah berumur, mungkin melebihi 50 tahun. Kualiti yang ada dalam diri mereka itu adalah tambah nilai.

“Ia juga peluang kedua buat mereka untuk mendapatkan pendapatan tetap,” tambah Noorul yang turut mendedahkan Yakeb bakal melakukan usahama dengan Kumpulan Genting Mac depan bagi memberi peluang pekerjaan kepada barisan bekas atlet negara.

Daripada keseluruhan RM399 juta yang diperuntukan kepada sukan, sebahagian besar tertumpu kepada penyediaan program latihan dan kemudahan sukan untuk semua atlet dan atlet para.

Sebanyak RM324 juta bagi menghadapi dua temasya ­utama iaitu Sukan SEA Kemboja, Mei ini dan Sukan Asia Hangzhou pada September selain persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebanyak RM50 juta pula diperuntukan dalam bentuk geran bagi pelaksanaan dan penganjuran kejohanan peringkat kebangsaan serta program ­realiti sukan.

Baki RM20 juta pemerkasaan program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah bagi memupuk semula perpaduan dalam masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya