Usaha selamatkan PAFA mula menampakkan hasil

Usaha selamatkan PAFA mula menampakkan hasil

KHAIRUDIN ABU HANIPAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hasrat kerjaaan negeri untuk menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mula menampakkan hasil.

Dalam perkembangan terbaharu, Pesuruhjaya Sukan (PJS) dijangka memanggil semua ahli gabungan PAFA untuk sesi penerangan pertengahan bulan ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah ketika dihubungi, baru-baru ini.

“PJS akan memanggil semua ahli gabungan untuk memberi penerangan fasa akhir sebelum membuat keputusan.

“Jadi sehingga itu kita tunggu dan lihatlah,” kata Khairuddin kepada Utusan Malaysia.

PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu pada 7 Mac 2022 lalu.

Ini berikutan wujud dua kumpulan yang mendakwa masing-masing sebagai jawatankuasa sah badan induk itu.

Di satu pihak Datuk Azhar Jamaluddin dilantik sebagai Presiden persatuan itu pada kongres 28 Mei, 2022.

Pada masa sama, Kumpulan Pemangku Presiden, Datuk Mohamad Yadzan Mohamed juga mendakwa mereka sebagai peneraju sah PAFA.

Berikutan itu PJS tidak mengikitiraf mana-mana kumpulan menyebabkan persatuan itu terus tergantung dan urusan bola sepak di Perak terhalang.

Mujur pasukan bola sepak liga Super negeri itu kini bertaraf FC dan di bawah jagaan, XOX. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya