TMJ harap lebih banyak stadium canggih dibina

TMJ harap lebih banyak stadium canggih dibina

Stadium Shah Alam
ORANG ramai melihat replika Stadium Shah Alam yang baharu di SACC Mall, Shah Alam. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar lebih banyak stadium canggih seperti Stadium Shah Alam yang dalam perancangan dapat dibina di negara ini.

Menurut Tunku Mahkota Johor, beliau melihat ia akan menjadi satu kebangaan dalam industri bola sepak sekiranya lebih banyak stadium canggih dibangunkan di negara ini.

Tunku Ismail yang sebelum ini mempertikaikan kos pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu turut mendoakan agar stadium itu siap dibina dan menjadi kebanggaan rakyat Selangor.

“Walaubagaimanapun, saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu bakal menjadi kenyataan di mana perkara itu boleh dibanggakan rakyat Selangor.

“Kami di kelab JDT pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut. Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan menjadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak,” katanya dalam Instagram Story miliknya.

INSTAGRAM Story Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, Tunku Ismail menganggap kos lebih RM700 juta untuk pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebagai tidak logik sambil menyifatkan projek itu sepatutnya menelan belanja sekurang-kurangnya RM2 bilion.

Tunku Ismail juga menegaskan bahawa beliau tidak cemburu dengan pembinaan Stadium Shah Alam yang baharu sebaliknya, menjelaskan beliau musykil dengan kos pembinaan itu yang dianggap terlalu murah sedangkan ia membabitkan penggunaan kelengkapan berteknologi canggih.

Dalam masa yang sama, Tunku Ismail turut membandingkan kos pembinaan Singapore Sports Hub yang didakwa menelan belanja sebanyak RM4.2 bilion pada 2014 dan berkeluasan 35 hektar.

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan penyelenggaraan setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.

“Ini adalah kos Singapore Sports Hub untuk saiz 35 hektar, bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar. Kalau SNBJ (Stadium Nasional, Bukit Jalil) pun kerajaan ‘negara’ terkial-kial nak menyelenggara, apatah lagi kerajaan negeri.

“Dengan nama Allah saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya