Terengganu intai tiga pemain baharu

Terengganu intai tiga pemain baharu

Tomislav Steinbruckner
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tiga pemain termasuk awang import berada dalam radar Terengganu FC (TFC) sebagai calon memperkuatkan pasukan itu menjelang sepak mula Liga Super pada 24 Februari ini.

Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berkata, daripada tiga pemain itu, TFC sedang berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.

Menurut jurulatih berasal Croatia itu, calon yang sedang dirisik itu merupakan pemain tempatan selain turut meneliti tonggak import Asean untuk sekaligus melengkapkan senarai pemain TFC.

“Kami menjangkakan ada pemain baharu kerana memang memerlukan seorang lagi tonggak di posisi tengah. Pemain itu diharap menjadi perancang dan memiliki kemampuan menjaringkan gol.

“Namun bukan mudah untuk mencari pemain seperti itu terutama pemain tempatan tetapi saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dengan segera,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Enggan mendedahkan identiti pemain dimaksudkan, Steinbruckner memberitahu, keperluan mendapatkan pemain baharu adalah wajar setelah melihat prestasi TFC dalam aksi persahabatan sebelum ini.

Jelasnya, tugas menjaringkan gol tidak boleh diletakkan kepada bahu dua penyerang TFC, Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn semata-mata sebaliknya perlu digalas bersama pemain lain.

“Kami memiliki barisan skuad yang baik namun dua penyerang itu tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari bahagian tengah dan pemain itu yang saya sedang cari-cari.

“Ada dua atau tiga calon terbaik tetapi saya enggan menyebut nama kerana mereka turut menjadi rebutan kelab lain. Kami cuba membawa masuk sekurang-kurangnya seorang pemain,” ujarnya.

Bahagian serangan skuad Sang Penyu menjadi tumpuan Steinbrukcner selepas terikat tanpa jaringan dengan KL City FC dan Negeri Sembilan dalam perlawanan persahabatan minggu lalu.

Jurulatih berusia 57 tahun itu sebelum ini tanpa berselindung mengakui mengintai khidmat seorang lagi ‘jeneral’ di bahagian tengah sama ada pemain tempatan, naturalisasi atau awang import.

TFC yang juga naib juara Liga Super dan Piala FA musim lalu akan memulakan kempen Liga Malaysia 2023 dengan aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya