Selangor mulakan kempen Liga Super 2023 dengan langkah kanan

Selangor mulakan kempen Liga Super 2023 dengan langkah kanan

Pemain Selangor, Faisal Abdul Halim cuba melepasi pemain Kelantan United, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin pada perlawanan Liga Super 2023 antara Selangor menentang Kelantan United, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Selangor memastikan mereka dalam laluan terbaik untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini biarpun hanya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Selangor yang dibimbing Tan Cheng Hoe mempertaruhkan awang import baru Yohandry Jose Orozco serta Ayron de Velle berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan pelawat yang dikendalikan oleh Toma Trucha.

Selangor terpaksa menanti sehingga minit ke 40 untuk menyaksikan gol pertama perlawanan berjaya dijaringkan apabila pertahanan import, Yazan Al-Arab berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Faisal Halim.

Jaringan tersebut terus memberi keyakinan buat barisan skuad Merah Kuning untuk mencari gol kedua perlawanan di babak kedua.

Bagaimanapun hasrat mereka itu kerap dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Kelantan United, Ahmad Asyraf Omar yang berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya jentera serangan Selangor.

Antara percubaan dimiliki Selangor adalah menerusi kaptennya, Brendan Gan berpeluang untuk mengandakan jaringan pada penghujung babak kedua, namun rembatannya melepasi gawang gol.

Penyerang baru dari Colombia, Ayron de Velle juga berpeluang untuk membuka akaun jaringan bersama Selangor, namun tandukannya pada minit ke 85 hasil hantaran Mukhairi Ajmal berjaya diselamatkan Ahmad Asyraf.

Tamat 90 minit perlawanan, Selangor lega apabila mereka menamatkan pertarungan ini sebagai pemenang, dan berupaya untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan pembukaan mereka musim ini.

Selepas ini, Selangor bakal menentang skuad Kuching City pada Khamis, sementara Kelantan United pula akan membuat perhitungan dengan Sabah di Stadium Likas pada Rabu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya