RNF Aprilia bakal umum penaja baru

RNF Aprilia bakal umum penaja baru

MIGUEL Oliveira bakal membawa cabaran buat pasukan RNF Aprilia musim ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Prinsipal pasukan RNF Aprilia, Datuk Razlan Razali beri bayangan bakal ada penaja baru menyertai pasukannya untuk musim ini, sekaligus mengukuhkan lagi dana kewangan pasukan sehingga musim 2026.

RAZLAN RAZALI

Razlan yang ditemui ketika Ujian Musim Sejuk Motogp 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam menjelaskan entiti sedia ada, CryptoData, syarikat sistem sekuriti siber yang mengikat kontrak kerjasama pada November tahun lalu bukanlah penaja pasukan, sebaliknya berperanan sebagai pemegang saham terbesar RNF Aprilia.

Bagaimanapun kehadiran CrytoData amat penting setelah penaja terbesar mereka sebelum ini,With U, menarik balik tajaan daripada pasukan tersebut ketika pertengahan musim lalu.

Justeru bagi mengelak perkara sama berulang, Razlan sudah berjaya mendapatkan beberapa pihak penaja untuk bersama pasukannya dan ia bakal diumumkan secara rasmi ketika sesi pelancaran pasukan di Portugal pada 16 Mac depan.

“InsyaAllah sebelum kita mulakan aksi pusingan pertama pada 24 Mac nanti, kita akan umumkan barisan penaja baru di Portugal, dan pasukan ini akan dijenamakan sebagai CrytoData RNF.

“Butiran penaja yang baru ini saya tidak boleh dedahkan, tetapi yang pasti akan ada tiga penaja yang akan bersama kami musim ini, dan semuanya akan diketahui ketika hari pelancaran, termasuk corak dan warna livery baru jentera pasukan,” jelas Razlan.

Dalam masa yang sama, Razlan turut mengharapkan dua pelumbanya, Miguel Oliveira dan Raul Fernandez mampu untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan satelit itu yang pernah kedudukan kedua kategori pasukan keseluruhan dalam Kejohanan Motogp pada musim 2020.

RAUL FERNANDEZ

Dua musim berikutnya menyaksikan pasukan itu mengalami penurunan prestasi yang mendadak apabila mengakhiri saingan di kedudukan ke 10 dan ke 11 keseluruhan.

“Kami amat terdesak untuk mendapatkan keputusan baik, dalam erti kata lain, kamu mahukan podium, kami mahukan kemenangan dan menjadi pasukan yang kompetitif kerana dua tahun sebelum ini kami bergelut untuk mengakhiri saingan di tempat kedua terakhir keseluruhan.

“Untuk berada di posisi itu tidak begitu menyeronokkan, dan ibaratnya seperti membazir duit menyertai kejohanan ini, jadi kami amat terdesak untuk mendapatkan kejayaan, kami yakin dengan kebolehan pelumba kami dan kami akan cuba melakukannya satu demi satu pusingan,” tambah Razlan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya