Norizam kecewa peminat ugut bunuh bintang baharu Kelantan FC

Norizam kecewa peminat ugut bunuh bintang baharu Kelantan FC

STATUS media sosial yang dimuat naik Norizam dalam Facebook rasminya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyelar sikap melampau segelintir penyokong Kelantan FC yang menghantar ugutan bunuh kepada pemain baharu mereka, Christian Mangaron Rontini.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, sebagai peminat yang bijak mereka sepatutnya menyambut baik kehadiran pemain baru, lebih-lebih lagi Rontini adalah pemain import.

“Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan peminat Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baharu Kelantan FC Christian Mangaron Rontini.

“Sepatutnya sebagai peminat yang bijaksana haruslah menyambut baik kehadiran pemain baharu-baru, lebih lagi Mr Rontini adalah pemain import yang harus ditujukkan budaya Malaysia yang peramah dan baik. Lebih lagi budaya Masyarakat Kelantan yangg bertatasusila selagi tidak kacau.

“Sekali lagi saya kecewa dengan kenyataan ugutan penyokong ini dan sudah meminta pasukan pengurusan buat satu laporan Polis dan SKMM. Ugutan bukanlah sesuatu perkara main-main!” tulisnya di Facebook. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya