Nafuzi enggan terlalu seronok, alih fokus kepada Terengganu

Nafuzi enggan terlalu seronok, alih fokus kepada Terengganu

PERTAHANAN Kedah, Arif Farhan Md. Isa meraikan jaringannya ketika menentang Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Berpuas hati dengan kemenangan besar 4-1 yang dilakar ke atas Perak FC dalam aksi pembukaan Liga Super malam tadi, pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain bagaimanapun enggan terlalu ‘berseronok’.

Kata Nafuzi, kemenangan itu hanya ujian awal buat Kedah yang bakal berdepan ujian lebih getir, menentang bekas pasukannya, Terengganu FC dalam perlawanan kedua liga di laman sendiri, Rabu ini.

Menyifatkan pasukannya belum ‘sempurna’ dan masih ada lagi ruang penambahbaikan, pertemuan menentang Bos Gaurus di Stadium Perak menyerlahkan beberapa kelemahan ketara.

“Selepas perlawanan pertama malam ini kita nampak segala kelemahan yang ada untuk kita perbaiki sebelum bertemu pasukan yang lebih hebat.

“Kami terpaksa bersusah payah untuk meraih kemenangan.

“Tahniah kepada pemain barisan muda Perak kerana berjaya membawa cabaran kepada kami,” katanya selepas perlawanan.

PENYERANG Kedah, Willian Lira (kanan) meraikan gol dalam aksi Liga Super menentang Perak FC di Ipoh, malam tadi. – – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Dalam aksi tersebut,  jangkaan pasukan the Bos Gaurus akan menjadi mangsa ratahan pelawat yang dikatakan mempunyai barisan ampuh meleset.

Sebaliknya, Perak FC bermula cemerlang dan berjaya mendahului menerusi Ikhwan Hafizo seawal minit ketiga.

Begitupun selepas Lee Tuck menyamakan kedudukan pada minit ke-17 dan tuan rumah kehilangan dua pemain akibat kad merah, keadaan mula berubah.

“Yang penting kami berjaya mengutip tiga mata penuh yang akan meletakkan pasukan di atas landasan baik bagi pertemuan kedua yang kebetulan adalah Terengganu,” kata Nafuzi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN