Murray 'terjun' dunia politik

Murray ‘terjun’ dunia politik

ANDY MURRAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Andy Murray bersedia merebut jawatan dalam dunia politik bagi membina kerjaya seterusnya selepas bersara daripada arena tenis.

Murray memberi maklum balas itu selepas peletakan jawatan mengejut Nicola Sturgeon sebagai Menteri Pertama Scotland.

“Kekosongan yang menarik. Sedang menimbang untuk menceburi bidang politik apabila saya tidak lagi bermain,” tweet bekas juara Wimbledon Scotland itu sambil berkongsi artikel BBC dan menambah emoji mengenyitkan mata.

Lebih menarik, tweet itu mendapat maklum balas daripada Sturgeon

“Saya tahu saya tidak akan menyokong sesiapa sebagai pengganti saya, tetapi…” dia membalas tweet dengan memadankan emoji mengenyit mata Murray dan menambah emoji ketawa.

Murray, bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang Grand Slam tiga kali, menimbang untuk bersara pada 2019 ketika dia bertarung dengan kecederaan pinggul yang menghalangnya sejak 2017.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu masih dalam jelajah dan kini berada di ranking ke-70 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya