Misbun 'obses' memancing

Misbun ‘obses’ memancing

MISBUN Sidek bersama hasil tangkapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DATUK Misbun Sidek dan badminton terlalu sinonim kerana sejak kecil hingga sekarang, dia mengabdikan hampir seluruh hidupnya untuk sukan yang amat dicintai itu.

Pernah diceritakan oleh anaknya sendiri, Misbun Ramdan, tahap obses bapanya terhadap badminton adalah sehingga bermain pada pagi Syawal bersama sanak saudara sebelum bergerak ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 63 tahun itu turut mempunyai kegilaan terhadap satu lagi hobi, iaitu meman­cing. Sama seperti badminton, memancing sudah sebati dalam dirinya sejak kecil.

Bagi Misbun, meman­cing memberi kepuasan berbeza selain teruja mendapatkan tangkapan apabila joran dilemparkan ke dalam air.

“Rumah saya dahulu di Banting, sebelah ada parit besar dan parit dikatakan jauh sampai ke Jugra, memang menjadi laluan ikan. Ada ikan puyu, keli dan haruan.

“Semasa kecil, saya lihat ramai orang memancing di situ, dan saya mula terikut-ikut. Sejak itu saya mula minat memancing.

“Dahulu waktu sekolah rendah, yang rajin ikut saya (Datuk Seri) Jalani dan Rahman. Macam Razif dan Rashid jarang sekali, sebab perbezaan umur,” jelas Misbun kepada Mingguan Malaysia.

Tambah Misbun, ikan pa­ling berat pernah ditangkap ialah kerapu naga yang mencecah lebih 120 kilogram.

Sehingga kini, dia masih meneruskan hobinya itu, yang disifatkan turut memakan belanja tinggi sehingga mence­cah ribuan ringgit gara-gara terjebak mengumpul peralatan memancing yang dibeli dalam dan luar negara.

Hobinya itu turut pernah membawanya memancing sehingga ke Australia dan New Zealand.

“Memancing saya anggap hobi, dan untuk ada hobi anda kena ada satu perasaan bila kita pergi untuk dapatkan ikan. Kalau macam sekarang dekat kolam yang saya sering kunjungi, memang kalau rancang nak dapatkan ikan siakap, maka ikan siakaplah yang harus saya dapat, begitu juga kalau saya ke laut.

“Tetapi memancing tak boleh selalu, kerana dia akan menjadi gian,” kata Misbun.

Misbun turut menerapkan ilmu dalam dunia badminton diaplikasikan dengan dunia memancing bagi membolehkan dia mendapatkan tangkapan yang lebih baik.

“Badminton dan meman­cing ini tak banyak beza. Kita perlu banyak buat kajian, ­misalnya kalau mahu meman­cing di kolam, kita perlu tahu pukul berapa ikan akan aktif.

“Contohnya macam ikan siakap, di mana dia akan berada antara waktu tengah malam sehingga subuh, atau awal pagi.

“Dia akan berada di bahagian dasar sahaja, ikan ikan yang baru lepas pula akan berada di bahagian tengah, jadi kita perlu bijak untuk memilih hendak gunakan kelengkapan yang bagaimana,” jelas Misbun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN