Messi Pemain Terbaik FIFA 2022

Messi Pemain Terbaik FIFA 2022

LIONEL Messi yang mengetuai Argentina muncul juara Piala Dunia dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kejayaan membantu Argentina muncul juara Piala Dunia membolehkan
Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022.

Messi menewaskan rakan sepasukan dalam Paris Saint-Germain dan pesaingnya final Piala Dunia, Kylian Mbappe, manakala pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema ketiga.

Ia kali kedua Messi memenangi anugerah yang diperkenalkan FIFA pada tahun 2016 selepas badan induk bola sepak dunia itu menamatkan kerjasama dengan penganjur Ballon d’Or, France Football, sekali gus menyamai rekod Cristiano Ronaldo.

Anugerah yang dihakimi oleh kapten dan jurulatih skuad kebangsaan, wartawan serta peminat itu menobatkan Messi sebagai pemenang selepas bekas bintang Barcelona itu melengkapkan karier gemilangnya dengan kejayaan dalam Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Messi turut meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan, mengatasi Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, satu mengatasi Messi.

“Tahun ini cukup gila buat saya, mencapai impian saya yang saya perjuangkan selama ini. Akhirnya saya berjaya meraihnya dan ia perkara paling indah dalam karier saya.

“Ia adalah impian setiap pemain bola sepak tetapi hanya sedikit yang mampu merealisasikannya,” kata Messi selepas menerima anugerah berkenaan.

Sementara itu, Alexia Putellas dari Sepanyol mengekalkan gelaran Pemain Wanita Terbaik FIFA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.