Messi mahu balik Argentina – Aguero

Messi mahu balik Argentina – Aguero

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi mempertimbangkan untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya di Argentina, Newell’s Old Boys, menurut teman karib dan bekas rakan sepasukannya, Sergio Aguero.

Aguero terpaksa bersara awal kerana masalah kesihatan musim lalu selepas dibawa ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Bagaimanapun, dia tetap berkawan rapat dengan Messi, yang pernah menjadi teman sebiliknya di peringkat antarabangsa bersama Argentina.

Bekas penyerang itu juga menjadi sebahagian daripada rombongan Argentina pada Piala Dunia tahun lalu, ketika negara Amerika Selatan itu memenangi trofi itu buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dengan Messi menerajui kejayaan itu.

Messi dikatakan akan memulakan run­dingan lanjutan kontrak de­ngan Paris Saint-Germain (PSG) setelah me­nyertai kelab Perancis itu menerusi kontrak dua tahun pada musim panas 2021.

Selepas musim pertama yang sukar, dia telah menja­ringkan 16 gol dan mencatat 17 umpanan musim ini.

LIONEL Messi (kiri) dan Sergio Aguero ketika membantu Argentina muncul juara Sukan Olimpik 2008.

Penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan belum memutuskan mengenai masa depannya biarpun kontrak bersama PSG akan tamat, Ogos nanti.

Messi dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona tetapi dia enggan menjawab panggilan telefon daripada pihak perunding yang rapat dengan Presiden Barca, Joan Laporta, yang terdesak untuk membawa bintang Argentina itu kembali ke Camp Nou.

“Dia serius mempertimbangkan kemungkinan bermain untuk Newell,” kata Aguero baru-baru ini, seperti dipetik oleh UOL.

Bekas pemain tengah ­Argentina, Maxi Rodriguez membalas komen itu dengan mentertawakan Aguero.

“Kun (Aguero) tetap Kun. Mulutnya tidak boleh diam.

“Kita akan lihat. Sukar untuk bercakap tentang perkara ini kerana ia akan mencetuskan khabar angin. Kita tunggu dan lihat apa akan, kita tidak boleh mendahului fakta,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya