Masalah enjin resahkan Hafizh

Masalah enjin resahkan Hafizh

HAFIZH SYAHRIN masih bergelut dengan masalah pada enjin motosikalnya menjelang perlumbaan pusingan pertama WSBK di Litar Phillip Island, Australia, hari ini. - IHSAN MIE HONDA RACING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beralih angin ke kategori utama, Superbike mengakui masih bergelut dengan prestasi jentera, walaupun Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) akan membuka tirai musim 2023 di Litar Phillip Island, Australia, hujung minggu ini.

Hafizh yang bernaung di bawah pasukan Mie Honda Racing Team berkata, dia berdepan tugas yang mencabar pada hari pertama sesi ujian masa, kelmarin.

“Kami bekerja keras untuk memahami mengapa jentera sering bermasalah sejak sesi ujian.

“Kami memiliki enjin baharu, tetapi nampaknya kami perlu melakukan sesuatu untuk memastikan prestasi jentera dapat ditingkatkan,” katanya semalam.

Menurut pelumba berusia 29 tahun itu, pada ketika ini, dia berdepan dengan isu cengkaman tayar depan dan belakang jenteranya ekoran cuaca yang terlalu panas.

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH

Jelas Hafizh, dia amat berharap menjelang perlumbaan hari ini, motosikalnya dapat diperbaiki dan bersedia untuk perlumbaan.

“Pada awalnya semasa sesi latihan bebas yang pertama, saya berjaya mencatat masa terbaik memandangkan saya diberi peluang menguji jentera sejak awal minggu ini.

“Tetapi enjin masih belum mampu tunjuk kuasa sebenar, jadi fokus kami hanya kepada pelarasan dan cuba menguasai kemampuan geometri jentera serta suspension dan kemampuan casis motosikal,” ujarnya.

Hafizh memberitahu, masalah pada motosikalnya mula berlaku ketika sesi latihan bebas kedua apabila secara tiba-tiba dia bergelut untuk mendapatkan cengkaman.

Justeru, bekas pelumba MotoGP itu amat berharap, pasukannya dapat melakukan sesuatu menjelang perlumbaan sebenar kerana ujian lebih getir bakal dihadapinya nanti, namun, dia berjanji akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.