Martinez tidak sabar mahu ‘membunuh’

Martinez tidak sabar mahu ‘membunuh’

Lisandro Martinez sedia mengetuai Manchester United memenangi piala pertama mereka sejak Mei 2017 apabila menentang Newcastle United dalam perlawananakhir Piala Liga di Wembley.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tonggak pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez menegaskan, dia turun di Wembley esok untuk ‘membunuh’.

Keghairahan dan komitmen yang ditunjukkan bintang Argentina itu menjadikan dia pemain kegemaran penyokong, malah digelar The Butcher menjelang pertembungan akhir Piala Liga menentang Newcastle United.

“Ya, sukar untuk mengawal diri saya. Memang susah. Kadang-kadang saya rasa seperti hendak membunuh tetapi kena kawal juga,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Pemenang Piala Dunia 2022 itu menampilkan gaya permainan penuh semangat dalam aksi Liga Europa ketika menumpaskan Barcelona 2-1 kelmarin.

Kini, dia mahu menunjukkan semangat yang sama semasa Argentina menang di Qatar tahun lalu apabila menentang The Toon.

“Pemain Argentina memang sentiasa seperti ini, kami bersemangat. Bola sepak bagi kami adalah segala-galanya, jadi sebab itu kami sentiasa berikan yang terbaik.

“Semasa kanak-kanak, saya masih ingat pada umur empat atau lima tahun, saya akan mula melawan dan menangis apabila kalah, jadi itu memang sudah ada dalam darah daging saya, dalam hati saya. Itu budaya kami,” katanya.

Walaupun hanya pernah dilayangkan sekali kad merah sepanjang kerjayanya buat masa ini, nama samarannya yang membawa maksud ‘pemotong daging’ tidak dapat dipisahkan.

Keghairahan Martinez turut ditambah dengan faktor bahawa United tidak pernah memena­ngi sebarang trofi sejak Mei 2017, iaitu muncul juara Piala Liga.

Sementara itu, pengendali United, Erik ten Hag tidak menolak Marcus Rashford mungkin kembali membarisi pasukan biarpun baru pulih daripada kecederaan buku lali, namun mengesahkan Anthony Martial tidak akan beraksi.

“Saya belum tahu (kedudukan Rashford). Kami kena lihat laporan perubatan sehingga hari terakhir, anda kena tunggu untuk mengetahui situasi sebenar,” ketika ditanya mengenai peluang peledak berbisa itu untuk diturunkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.