Malam yang istimewa – Ronaldo

Malam yang istimewa – Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Al Nassr menumpaskan Damac dalam Liga Pro Saudi di Abha, Arab Saudi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo menyifatkan aksi terbaharunya bersama Al Nassr sebagai ‘malam istimewa’ apabila meledak hatrik pada babak pertama untuk membawa kelab Riyadh itu ke puncak Liga Pro Saudi ­dengan membenam Damac 3-0 semalam.

Ketua pasukan Portugal itu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi sepakan penalti ke penjuru kiri atas sebelum menggandakan kelebihan Al Nassr dengan penyudah tersusun dari tepi petak lima minit kemudian.

Dia melengkapkan hatrik ke-62 dalam kariernya seminit sebelum tamat separuh masa dengan menyudahkan umpanan Abdulrahman Ghareb.

“Malam istimewa. Syabas kawan-kawan!” kata Ronaldo sejurus tamat perlawanan.

Kemenangan itu memboleh­kan Al Nassr dua mata mengatasi pencabar rapat, Al Ittihad selepas mengumpul 43 mata daripada 18 perlawanan.

Ronaldo kini telah menja­ringkan lapan gol dalam lima penampilan sejak menyertai Nassr pada Disember dengan kontrak dua setengah tahun bernilai AS$200 juta (RM887 juta) setahun.

Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu menjaringkan empat gol ketika menentang Al Wehda pada 9 Februari lalu.

Seminggu sebelum itu dia membuka akaun jaringannya menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan ketika berdepan Al Fateh.

Ronaldo, 38, peledak pa­ling prolifik dalam bola sepak antarabangsa dan kelab lelaki, kini telah menjaringkan 506 gol liga di seluruh Portugal, ­England, Sepanyol, Itali serta Arab ­Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya