Maguire tolak tawaran Inter Milan

Maguire tolak tawaran Inter Milan

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Maguire menolak perpindahan secara pinjaman ke Inter Milan, sebaliknya memilih untuk kekal dan memperjuangkan kedudukannya di Manchester United  tetapi akan mengangkat kaki pada penghujung musim jika tiada perubahan.

Tonggak pertahanan berusia 29 tahun itu tidak berpuas hati dan akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas jika gagal mendapat perhatian Erik ten Hag.

Inter menjadi salah satu daripada beberapa kelab yang bersedia menandatangani pemain England itu pada musim penutup jika dia memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford.

Setakat ini, Maguire hanya beraksi dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun ini selepas hilang kedudukan kepada Raphael Varane dan pemenang Piala Du­nia, Lisandro Martinez.

Pemain bek tengah tersebut mendapati dirinya dibekukan oleh Ten Hag, walaupun dia sebahagian daripada tonggak England dalam Piala Dunia di Qatar, baru-baru ini.

“Saya berusia 29 tahun, namun tidak berada di kedudukan sepatutnya.

“Saya tidak mahu membiarkan keadaan ini. Saya berusaha keras, berlatih dengan baik dan apabila peluang tiba, saya perlu mengambilnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya