Luqman mula tunjuk 'taring' di Iceland

Luqman mula tunjuk ‘taring’ di Iceland

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin masih belum berpeluang membuat kemunculan rasmi dalam Liga Iceland kerana menunggu permohonan visa, namun penyerang muda negara itu sudah mula menunjukkan ‘taring’ bersama Njardvik FC.

Luqman yang bakal menginjak 21 tahun pada 5 Mac ini cemerlang meledak dua gol ketika memnbantu pasukannya menentang Haukar dalam aksi persahabatan tidak rasmi, minggu lalu.

Perkembangan pemain yang dipinjamkan oleh kelab liga utama Belgium, KV Kortrijk itu dikongsi oleh Njardvik FC menerusi video ringkas di media sosial.

Selain dua jaringan tersebut, Njardvik FC turut menjelaskan, mereka tidak sabar untuk menyaksikan penampilan sulung rasmi Luqman bersama pasukan itu, namun ketika ini status Luqman masih tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

“Buat semua yang menantikan perkembangan Luqman, kita masih menunggu pengesahan pendaftaran dan visanya daripada kerajaan Iceland.

“Semua di Njardvik FC mengharapkan Luqman dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya. Situasi sama juga berlaku untuk Joao Ananias,” kata kelab berkenaan.

Bagi gol pertama, Luqman yang berada di dalam kotak penalti berjaya menyempurnakan hantaran rakan sepasukan menerusi sebelah sayap

Kesilapan penjaga gol Haukar yang gagal mengeluarkan bola dengan baik bagaikan ‘rezeki terpijak’ apabila bola tiba di kaki Luqman dan kemudiannya menyudahkannya untuk gol peribadi keduanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya